Kerjaya Raden Zaharatul

Raden Zaharatul memulakan kerjaya lakonan dengan melakonkan watak tambahan dalam filem Busker (2018) arahan Syed Khairul Fariz lakonan Daiyan Trisha, Hafeez Mikail, Anas Ridzuan dan Lia Natalia.[3] Namun beliau meninggalkan kerjaya lakonan untuk seketika kerana mahu memberi tumpuan kepada pelajarannya.

Beliau menyertai rancangan realiti TV3 Fit for Action bersama 11 peserta lain. Beliau dinobatkan sebagai juara bagi kategori wanita, manakala Muaz Zabir menjadi juara bagi kategori lelaki.[4][5]

Selepas tamat rancangan itu, Raden kembali bergiat aktif dalam bidang lakonan dan membintangi beberapa drama TV termasuk Mencari Kiblat Cinta, Inspektor Babyface dan Hawt Fellas.